Sama-sama kita menjaga kemudahan yang diberi untuk manfaat bersama.

October 30, 2011

Kuat agama,anda kolot!

Assalamualaikum.

A : dude,seriously you want to go there?
B : yeah,why not?
A : weh,kau dah buang tebiat ke ape?come on,kita muda lagi doh.
B : [tersenyum] apa kena mengena dengan muda atau tak muda?nak cari ilmu agama nak kena nanti tua ke?
A : sah!kau memang dah buang tebiat.kolot doh kau muda-muda pergi dengar ceramah agama,duduk masjid.
B : [geleng kepala sambil tersenyum]


Realiti di akhir zaman sekarang bila mana,orang-orang muda yang dahagakan ilmu agama di anggap kolot dan tidak 'up-to-date'.Sering kali kita lihat anak muda sekarang lebih mengejar dunia dari akhirat.Bagi mereka,dunialah segala-galanya.Selama beberapa bulan aku menyepikan diri,aku merantau untuk menuntut ilmu agama.Aku ikut ceramah agama Ustaz Azhar Idrus atau UAI.Ceramah Ustaz di UIA,walaupun sedikit kontroversi berkaitan tempat ceramah,tapi aku puji dengan sifat pelajar-pelajar UIA sebab dorang sanggup berdiri berjam-jam,berhimpit dalam dewan yang kecil termasuklah aku sendiri semata-mata untuk mendengar ceramah Ustaz.Seronok,tenang,lapang dada lepas aku mengabdikan diri aku pada yang Esa melalui ceramah-ceramah Ustaz.Mungkin sesetengah orang akan berfikir kenapa menuntut ilmu dengan orang yang berpengaruh dalam politik?
Kenapa?aku menuntut ilmu agama yang ada pada dia bukan hal-hal politik yang bagi aku satu benda yang kotor.

Bila kaki mula menapak ke masjid,telinga menangkap kata-kata sindiran daripada kawan-kawan.'woi,nanti kau jangan lupa rekod ceramah dekat masjid tu.lepas tu kau bagi aku,aku nak dengar buat hiburan masa tidur'.'weh,nanti kirimkan salam perkenalan aku dengan penceramah tu er?'.
Satu lagi kenyataan bila orang yang mula 'menjinakkan' diri dengan masjid,selalu di sindir.Bagi mereka,tiada 'kelas' bila berada di dalam masjid ataupun majlis-majlis agama.Kelab malam,konsert,melepak kedai makan,berkaraoke tulah tempat-tempat sepatutnye remaja menghabiskan masa untuk berhibur,Up-to-date,high class.Zaman sekarang,masjid dan surau hanyalah satu 'display' dan bukan tempat sepatutnya untuk dikunjungi. 

Pada 22 Oktober 2011 lalu,aku pergi Himpunan Sejuta Umat.Walaupun himpunan itu penuh kontroversi,ia dapat dijalankan dan memberi kesan yang mendalam bagi aku.Alhamdulillah,aku berkesempatan untuk salam dan cium tangan seorang Ulama' yang cukup aku segani dan aku hormati,Tan Sri Harussani Zakaria,Mufti Negeri Perak.Ada pihak mengatakan untuk membendung kerosakan akidah dan akhlak umat Islam,tidak perlu diadakan perhimpunan seperti ni sebaliknya bermula dalam diri sendiri.Ye memang betul tapi kalau tak di ketuk pintu hati mereka untuk berubah,benda ni tak kan terbendung.Baru aku tahu betapa ceteknye fikiran Melayu Islam yang hanya tahu mengkritik,mengherdik usaha sesetengah manusia yang sayangkan bangsa seagama dengannya.Mengkritik,mengherdik tidak akan dapat selamatkan akidah umat Islam jika tiada kesepakatan.

So,pada orang-orang yang masih lagi lalai dan leka dengan dunia ni,please please please,change before the Day's come.Tak rugi kalau kita tinggalkan hal dunia untuk kebahagiaan kita di akhirat kelak.Dalam hidup kita ada tiga harta yang perlu kita tahu dan perlu kita tingkatkan.

                     1. Harta dunia
                     2. Harta di tanah perkuburan
                     3. Harta di alam kubur  

Harta dunia ialah kawan-kawan.Kawan-kawan yang hanya temankan kita semasa hayat kita.Harta di tanah perkuburan ialah keluarga kita yang menghatar kita sehingga ke tanah perkuburan sahaja.Harta di alam kubur ialah ilmu agama.amal ibadah yang kita kumpul sepanjang hayat kita dengan pergi ke masjid,surau dan majlis-majlis agama.Renungkan,bertaubat dn amalkan.


Allahua'lam