Sama-sama kita menjaga kemudahan yang diberi untuk manfaat bersama.

October 29, 2012

Tika Hati Disapa Hidayah

Assalamualaikum wbt

'Awak,saya beli baju muslimah.'

Satu perkataan yang mungkin biasa bagi orang lain.Tapi cukup mendalam bagi aku.
Seorang kawan,seorang adik,seorang teman,seorang SAHABAT yang sama-sama menanam cita-cita untuk berhijrah dari zaman gelap ke zaman yang terang (lebih terang dari lampu-lampu yang ada dekat i-city).Yang sama-sama menanam cita-cita untuk menjadi ahli syurga,'asset' kubur untuk orang tua.

Perasaan yang terlalu gembira tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.Cukup sekadar aku bersujud tanda syukur kepadaMu,Wahai Tuhan.Segala doa,segala rintihan,segala permintaan,Kau dengar dan Kau makbulkan.
Cuma satu pintaku,Kau tetapkanlah imannya.Kau curahkanlah Taufiq dan HidayahMu kepadanya.Kau turunkanlah RahmatMu keatasnya.Kau tunjukkanlah jalan yang lurus untuknya.Dan Kau tabahkanlah hatinya mengharungi segala ujian,dugaan,dan cabaran.

Kau dekatkanlah dia dengan orang-orang yang tinggi akhlak,tinggi ilmu agama,supaya tidak dia tersasar dari landasanMu.Kau temukanlah jodohnya dengan orang yang mampu mengingatkan dia kepadaMu,Ya Allah.Bimbinglah dia ke jalan yang Kau redhai kerana dialah kawan,dialah adik,dialah teman,dialah SAHABAT dunia dan akhiratku.


*Dia adalah


Semoga sentiasa dalam keredhaan Allah.Amin amin amin

April 15, 2012

Bila sayang hanya pada kata-kata.

Assalamualaikum w.b.t.

'kau sayang mak ayah kau tak?'
'mestilah sayang!mana ada anak yang tak sayangkan mak ayah'
'emm..kau sedar tak kau sebenarnya 'bookingkan' neraka untuk mak ayah kau sebab maksiat yang kau buat ni.macam ni ke sayang kau pada mak ayah kau?'

Sayang hanya pada kata-kata tapi tidak pada perbuatan.Ramai orang bila ditanyakan soalan begini rupa rata-rata memberikan jawapan sangat menyentuh hati sehingga menitiskan air mata.
Tapi sayang,titisan air mata itu,kata-kata itu hanya sandiwara.Dibelakang mak ayah,kita melakukan perkara yang tidak diajar oleh agama dan masih bangga mengatakan kita terlalu sayangkan mak dan ayah kita.

Kawan-kawan,apa makna sayang kita pada mak dan ayah kita jika kita tanpa segan silu meninggalkan solat yang merupakan tiang agama?
Kawan-kawan,apa makna sayang kita pada mak dan ayah kita jika kita tanpa segan silu menyentuh,memegang,memeluk,mencium,keluar 'dating' dengan seseorang yang bukan halal untuk kita?
Kawan-kawan,apa makna sayang kita pada mak dan ayah kita jika kita tanpa segan silu mematuhi segala perintah pasangan yang tidak halal untuk kita sedangkan perintah Allah,perintah mak dan ayah kita langsung tidak dipedulikan?
Kawan-kawan,apa makna sayang kita pada mak dan ayah kita jika kita lebih mengambil berat hati dan perasaan pasangan yang tidak halal untuk kita sedangkan perasaan dan hati mak dan ayah kita langsung tidak dibela oleh kita?

Ramai daripada kita lebihkan pasangan kita tetapi kita terlupa,tanpa mak dan ayah tak mungkin kita akan menikmati semua itu.Pentingkan yang lebih penting dari yang penting kerana yang lebih penting itu lagi penting daripada yang penting.
Sedarlah,setiap apa yang kita lakukan merupakan 'saham' untuk kita dan juga untuk mak dan ayah kita di akhirat kelak.
Setiap perbuatan yang baik akan dibalas dengan baik.Dan setiap perbuatan yang jahat dibalas dengan jahat.
Janji Allah itu pasti.
Benar kita sayangkan mak dan ayah kita?buktikan dengan perbuatan.

Allahu'alam.

March 29, 2012

Islam?of course i'm Islam.

Assalamualaikum w.b.t.

Ramai orang bila ditanya,'are you muslim?' dan jawapan sudah tentu,'yes,i'm muslim.and i proud to be a muslim'
Tapi persoalannya,adakah betul kita islam?adakah kita bangga menjadi islam?

Zaman sekarang merupakan zaman yang bagi aku satu zaman yang jahil,but still modern.Zaman dimana semua orang bersifat berfikiran terbuka.Dan kadangkala terlalu terbuka.Sehinggakan hukum ditolak tepi.
Nowadays,kita boleh lihat telatah manusia yang beragama Islam dan kononnya bangga menjadi seorang muslim tetapi tidak menjadikan agama itu satu jalan hidup.

Keluar berpimpinan tangan,berpelukan,bercumbuan,dengan perempuan atau lelaki yang bukan mahram tapi bila ditanya 'are you muslim?' dan jawab 'yes,i'm muslim and i proud to be a muslim.'
Dan lebih menyedihkan apabila si perempuan lengkap bertudung menutup aurat tetapi melakukan maksiat dan merelakan si lelaki menyentuh,memeluk tanda kasih sayang yang tiada gantinya.
Berchatting,bersms,berbual,video call,24/7 dengan perempuan atau lelaki yang bukan mahram tapi bila ditanya 'are you muslim?' 'yes,i'm muslim and i proud to be a muslim.'
sangat menghairankan bila keluar berjumpa dengan si lelaki,si perempuan boleh mengenakan tudung menutup aurat tapi bila si lelaki minta sekeping gambar atau nak buat video call,si perempuan tanpa segan silu tak bertudung menutup aurat hantar,buat video call seolah-olah lelaki tu halal baginya.
Keluar melepak di kelab-kelab malam,minum minuman keras,mabuk sana sini,pergaulan yang sangat bebas,melakukan aksi yang mengghairahkan.Tapi menjejakkan kaki ke masjid,surau,majlis-majlis ilmu,seakan berat kaki ni nak melangkah dan bila ditanya 'are you muslim?' 'yes,i'm muslim and i proud to be a muslim.'
Boleh mengadap laptop,tv berjam-jam.boleh menghafal lagu pelbagai jenis lagu,bahasa,irama tapi nak meluangkan masa 5-15minit untuk menunaikan solat 5 kali sehari amat payah apa entah lagi untuk menghafal ayat-ayat al-Quran dan bila ditanya 'are you muslim?' 'yes,im muslim and i proud to be a muslim.'

Islam sekarang hanyalah islam pada nama,ic tapi tidak pada hati,iman dan perbuatan.Ramai orang akan marah,mencaci,mengutuk bila pasangan kita curang dengan kesetiaan yang kita beri.Tapi bila kita 'curang' pada Allah dan RasulNya tiada siapa yang marah dan tiada siapa pun yang sedar.Ramai orang boleh ucap 'i love you' pada pasangan masing-masing tapi berapa ramai yang boleh ucap 'i love you' pada Allah dan Rasul?
Ramai orang boleh ucap kata rindu pada pasangan masing-masing tapi berapa ramai yang boleh ucap kata rindu kepada Nabi Allah swt?

Islamkah kita?hidupkah kita dengan cara islam dan banggakah kita sebagai seorang islam bila kita melakukan maksiat?tepuk dada,tanya iman.

Allahua'lam.