Sama-sama kita menjaga kemudahan yang diberi untuk manfaat bersama.

March 29, 2012

Islam?of course i'm Islam.

Assalamualaikum w.b.t.

Ramai orang bila ditanya,'are you muslim?' dan jawapan sudah tentu,'yes,i'm muslim.and i proud to be a muslim'
Tapi persoalannya,adakah betul kita islam?adakah kita bangga menjadi islam?

Zaman sekarang merupakan zaman yang bagi aku satu zaman yang jahil,but still modern.Zaman dimana semua orang bersifat berfikiran terbuka.Dan kadangkala terlalu terbuka.Sehinggakan hukum ditolak tepi.
Nowadays,kita boleh lihat telatah manusia yang beragama Islam dan kononnya bangga menjadi seorang muslim tetapi tidak menjadikan agama itu satu jalan hidup.

Keluar berpimpinan tangan,berpelukan,bercumbuan,dengan perempuan atau lelaki yang bukan mahram tapi bila ditanya 'are you muslim?' dan jawab 'yes,i'm muslim and i proud to be a muslim.'
Dan lebih menyedihkan apabila si perempuan lengkap bertudung menutup aurat tetapi melakukan maksiat dan merelakan si lelaki menyentuh,memeluk tanda kasih sayang yang tiada gantinya.
Berchatting,bersms,berbual,video call,24/7 dengan perempuan atau lelaki yang bukan mahram tapi bila ditanya 'are you muslim?' 'yes,i'm muslim and i proud to be a muslim.'
sangat menghairankan bila keluar berjumpa dengan si lelaki,si perempuan boleh mengenakan tudung menutup aurat tapi bila si lelaki minta sekeping gambar atau nak buat video call,si perempuan tanpa segan silu tak bertudung menutup aurat hantar,buat video call seolah-olah lelaki tu halal baginya.
Keluar melepak di kelab-kelab malam,minum minuman keras,mabuk sana sini,pergaulan yang sangat bebas,melakukan aksi yang mengghairahkan.Tapi menjejakkan kaki ke masjid,surau,majlis-majlis ilmu,seakan berat kaki ni nak melangkah dan bila ditanya 'are you muslim?' 'yes,i'm muslim and i proud to be a muslim.'
Boleh mengadap laptop,tv berjam-jam.boleh menghafal lagu pelbagai jenis lagu,bahasa,irama tapi nak meluangkan masa 5-15minit untuk menunaikan solat 5 kali sehari amat payah apa entah lagi untuk menghafal ayat-ayat al-Quran dan bila ditanya 'are you muslim?' 'yes,im muslim and i proud to be a muslim.'

Islam sekarang hanyalah islam pada nama,ic tapi tidak pada hati,iman dan perbuatan.Ramai orang akan marah,mencaci,mengutuk bila pasangan kita curang dengan kesetiaan yang kita beri.Tapi bila kita 'curang' pada Allah dan RasulNya tiada siapa yang marah dan tiada siapa pun yang sedar.Ramai orang boleh ucap 'i love you' pada pasangan masing-masing tapi berapa ramai yang boleh ucap 'i love you' pada Allah dan Rasul?
Ramai orang boleh ucap kata rindu pada pasangan masing-masing tapi berapa ramai yang boleh ucap kata rindu kepada Nabi Allah swt?

Islamkah kita?hidupkah kita dengan cara islam dan banggakah kita sebagai seorang islam bila kita melakukan maksiat?tepuk dada,tanya iman.

Allahua'lam.