Sama-sama kita menjaga kemudahan yang diberi untuk manfaat bersama.

October 29, 2012

Tika Hati Disapa Hidayah

Assalamualaikum wbt

'Awak,saya beli baju muslimah.'

Satu perkataan yang mungkin biasa bagi orang lain.Tapi cukup mendalam bagi aku.
Seorang kawan,seorang adik,seorang teman,seorang SAHABAT yang sama-sama menanam cita-cita untuk berhijrah dari zaman gelap ke zaman yang terang (lebih terang dari lampu-lampu yang ada dekat i-city).Yang sama-sama menanam cita-cita untuk menjadi ahli syurga,'asset' kubur untuk orang tua.

Perasaan yang terlalu gembira tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.Cukup sekadar aku bersujud tanda syukur kepadaMu,Wahai Tuhan.Segala doa,segala rintihan,segala permintaan,Kau dengar dan Kau makbulkan.
Cuma satu pintaku,Kau tetapkanlah imannya.Kau curahkanlah Taufiq dan HidayahMu kepadanya.Kau turunkanlah RahmatMu keatasnya.Kau tunjukkanlah jalan yang lurus untuknya.Dan Kau tabahkanlah hatinya mengharungi segala ujian,dugaan,dan cabaran.

Kau dekatkanlah dia dengan orang-orang yang tinggi akhlak,tinggi ilmu agama,supaya tidak dia tersasar dari landasanMu.Kau temukanlah jodohnya dengan orang yang mampu mengingatkan dia kepadaMu,Ya Allah.Bimbinglah dia ke jalan yang Kau redhai kerana dialah kawan,dialah adik,dialah teman,dialah SAHABAT dunia dan akhiratku.


*Dia adalah


Semoga sentiasa dalam keredhaan Allah.Amin amin amin

4 comments:

  1. Awak,T_T tq buat ni semua untuk saya. awak kena bantu saya. T_T saya nak istiqamah buat benda baik yg lain jugak T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. dont thank you me........bende kecik je..:)
      same2 kite istiqamah ok,dik?:)

      Delete
  2. http://hujangoguma.blogspot.com/2012/12/sahabat-di-virtual-life-dunia-akhirat.html

    ReplyDelete