Sama-sama kita menjaga kemudahan yang diberi untuk manfaat bersama.

August 12, 2011

Kesinambungan Wahai Saya Bin Ibu Saya

Assalamualaikum and hi.

Mari kita renung-renungkan bersama,fikir-fikirkan bersama.Jika satu hari nanti kita mati, akaun facebook,twitter,blog,myspace or what so ever ini hanya kita yang tahu password,hanya kita yang boleh access.
Dan selepas kita mati,apa yang terjadi pada akaun facebook,twitter,blog,myspace or what ever kita?Mungkin ada yang akan ucapkan takziah.Mungkin ada yang akan selalu menjenguk bagi mengubat rindu.

Tetapi,sedarkah kita,gambar-gambar kita akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutpi aurat dengan sempurna,macam mana nanti?Lelaki ataupun wanita ajnabi terus terusan tengok.Dalam masa yang sama,tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita.
Walau sudah bertahun-tahun kita mati,gambar itu terus ada dan saham dosa terus meningkat.

macam mana?pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu,akan selamatkan kita dalam kubur nanti?legging dan jeans ketat boleh selamatkan kita?Baju yang membalut aurat tu,seluar pendek yang menunjukkan aurat?bagaimana?

Mungkin sekarang kita masih merasa tidak sabar untuk berkongsi dengan cerita gambar-gambar yang cantik,tempat-tempat yang kita dah lawat di muka bumiNya.

Tapi akhirnya nanti,semua itu takkan bawa erti.Semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup.
Di alam kubur semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita.

Cuba renung-renungkan saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat.Tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan.Peliharalah diri kita sebelum diri kita dikafankan.Jagalah maruah diri sebagai seorang muslimin dan muslimah.Mati itu pasti,persiapkan diri kita untuk mati itu satu kewajipan.

Allahualam.

p/s : Maaf jika entry kali ini menyinggung perasaan atau membuatkan korang terasa.Kalau korang terasa sekurang-kurangya masih ada lagi iman dalam hati korang.Berubah demi kebaikan diri sendiri.Sekian..  


No comments:

Post a Comment