Sama-sama kita menjaga kemudahan yang diberi untuk manfaat bersama.

August 10, 2011

Look At Yourself.

Assalamualaikum and hi.


before i start,take a look at this video.


His name is Nick Vujicic.
born in 1982 in Brisbane,Australia
Nicholas Vujicic came into the world with neither arms nor legs.
By the age 19,Nick started to fulfilled his dream of being able to encourage other people 
and bring them the Gospel of Jesus through motivational speaking and sharing his testimony about how God changed his life and gave him a future and a hope.

This man is really inspired me to survive in my daily life.I mean look at him,he got no arms,no legs but still he can stand alone by himself.SubhanAllah..Kadang-kadang kita fikir diri kita susah,tapi ada orang yang jauh lebih susah dari kita.Kita senang terjatuh dan payah untuk bangun semula walaupun ujian yang diberikan tidaklah sehebat mana banding insan istimewa di atas.Kita jauh lebih sempurna dari dia,tapi kenapa kita tak pernah berusaha untuk mencari kesempurnaan yang ada dalam kita sendiri?Nick Vujicic tak punya tangan,tak punya kaki tapi dia mampu memupuk semangat kepada orang yang lebih sempurna fizikalnya.Kenapa?sebab dia ada keyakinan yang tinggi dalam diri dia.Walaupun tidak berkaki,tidak bertangan itu tidak menjadi penghalang  untuk dia terus bangkit berjaya.Dan dia tidak pernah salahkan apa entah lagi mempertikaikan pemberian Allah kepada dia.Pernah tak anda terfikir,orang yang lahirnya bukan Islam tapi dia kenal erti bersyukur walaupun keadaannya tidak sempurna.In fact,kelemahan itu yang buat dia jadi dekat dengan Tuhan.So,kenapa dalam kalangan orang Islam zaman ini tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh Allah?Kita diberi seribu nikmat hidup di dunia ini,tapi kenapa kita terlalu sombong dengan Pencipta kita?Kita diberi kesihatan yang baik,tubuh badan yang sempurna,rupa yang cantik dan segak,tapi pernah kita bersyukur dan pernah kita tunduk pada Allah?Nick Vujicic tidak memerlukan sesiapa untuk dia bangkit dalam hidup.Keyakinan dan bersyukur dengan anugerah yang diberi menjadikan dia manusia yang hebat.Kita tak perlukan artis untuk kita jadikan sebagai 'Role model' untuk berjaya.Kita tak perlukan 'orang yang popular' untuk kita jadikan sumber inspirasi.Tapi kita perlukan keperibadian Rasulullah SAW sebagai sumber untuk berjaya.Kerana Rasulullah SAW role model yang teragung.Kita perlukan kepercayaan pada Allah SWT untuk berjaya dunia dan akhirat.Kerana hidup dan mati kita hanyalah untuk Allah SWT.
Allahualam.

No comments:

Post a Comment