Sama-sama kita menjaga kemudahan yang diberi untuk manfaat bersama.

August 12, 2011

Wahai Saya Bin Ibu Saya

Assalamualaikum and hi.

Hayati,fahamkan,renung-renungkan,dan amalkan.

Wahai Saya Bin Ibu Saya, wahai Saya Bin Ibu Saya, wahai Saya Bin Ibu Saya. Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah, yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya 
melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.


Ingatlah wahai Saya Bin Ibu Saya. Apabila datang kepada kamu dua malaikat  iaitu Munkar dan Nankir, maka janganlah berasa gentar dan takut. Janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu bersusah hati dan terkejut. Ketahuilah wahai Saya Bin Ibu Saya bahawasanya Munkar dan Nakir itu hamba Allah Ta’ala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Ta’ala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka 
akan menyoal kamu.



Mereka akan bertanya kepada kamu:
Apakah pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah?
Hendaklah kamu menjawab sebegini:
Dia (Muhammad) adalah hamba Allah dan RasulNya, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah hamba dan Rasul Allah.
Wahai Saya Bin Ibu Saya, jika kamu dapat menjawab yang sedemikian, maka kedua malaikat tersebut akan berkata, “Sesungguhnya kami tahu kamu akan berkata sedemikian”. Kemudian kedua malaikat tersebut akan bertanya lagi kepada kamu:
  • Siapakah Tuhan kamu?
  • Siapakah Nabi kamu?
  • Apakah agama kamu?
  • Apakah kiblat kamu?
  • Siapakah saudara kamu?
  • Apakah pegangan iktikad kamu?
  • Apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar dan janganlah bergopoh-gapah. Biarlah tenang dan berhati-hati.
  • Allah Ta’ala Tuhanku.
  • Muhammad Nabiku.
  • Islam agamaku.
  • Baitullah adalah kiblatku.
  • Semua orang Islam dan orang beriman adalah saudara aku.
  • Kitab suci Al-Quran ikutanku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
  • Dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap, “La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah”.

Wahai Saya Bin Ibu Saya, tetapkanlah hatimu. Inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di alam Barzakh sehingga sampai satu masa kelak. Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Sedarlah wahai Saya Bin Ibu Saya. Bahawasanya mati ini adalah benar. Soalan malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar. Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar. Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar. Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar. Minum di telaga Kautsar Nabi adalah benar. Adanya Syurga dan Neraka adalah benar. Bahawasanya Hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal pada kamu di sisi Allah Ta’ala. Semoga Tuhan akan memberi kesejahteraan kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Ta’ala menjinakkan hati kamu yang liar dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

        “Kullu nafsin zaa iqatul maut” – Setiap yang bernafas, pasti akan merasai mati.

2 comments:

  1. ayat febret adik sy..setiap y bernafas pasti merasa mati:)..nice entry:D

    ReplyDelete
  2. thanks cik menanti :)
    harap2 entry ni memberi manfaat buat cik menanti.:)

    ReplyDelete